Keusahawanan
Kedai Runcit Rdauk Enterprise
Pn.Ida Adihla dan suami mengusahakan kedai runcit yang terletak di Taman Batang Melaka Jaya, berdekatan dengan pekan Batang Melaka. Kedai ini adalah antara kedai tumpuan bagi masyarakat Batang Melaka untuk mendapat barangan keperluan harian seperti barangan basah, sayur-sayuran dan lain-lain. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pn. Ida atau suaminya (Along) di talian : 017-6199210 atau terus sahaja ke kedai beliau yang beralamat di : JB 6723, Jalan BMJ 1, Tmn Batang Melaka Jaya, 77500 Selandar, Melaka.
Kedai Jahit Poomalai Enterprise
Puan Poomalai bersama suaminya mengusahakan kedai jahit yang terletak di pekan Batang Melaka berdekatan dengan Balai Raya Batang Melaka. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan pakaian, anda boleh menghubungi Pn.Poomalai di talian : 06-4461313 atau terus sahaja datang ke kedai beliau yang beralamat di : No.5531, Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka.
Pokok Getah
Getah juga merupakan antara sumber pendapatan bagi penduduk di kawasan Batang Melaka. Tanaman getah yang ada di kawasan Batang Melaka kebanyakkannya berada di Kg.Hilir Batang Melaka dan kebanyakkan penoreh getah adalah terdiri daripada orang dewasa dan menoreh getah di kebun getah sendiri.