Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Batang Melaka
Sekolah Kebangsaan Batang Melaka adalah sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak berhampiran dengan pekan kecil iaitu Pekan Batang Melaka. Ianya merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Jarak sekolah ini dari Bandar Melaka ialah 50 km. Pada asal penubuhannya ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Batang Melaka. Bangunan sekolah ini mula dibina dalam tahun 1885 oleh masyarakat setempat. Penubuhannya adalah sejajar dengan keperihatinan dan kesedaran akan kepentingan ilmu yang sememangnya telah wujud di kalangan penduduk Melayu ketika itu.
Alamat : Sekolah Kebangsaan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka
No Telefon: 06-44615770
Sekolah Rendah Agama JAIM Batang Melaka
Sekolah Rendah Agama (JAIM) Batang Melaka adalah Sekolah Rendah Agama dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka yang terletak berhampiran pekan Batang Melaka.
Alamat : Sekolah Rendah Agama (JAIM) Batang Melaka , Kampung Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (dikenali sebagai SBPIS dan SISME) adalah merupakan satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan salah satu daripada dua buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Sekolah ini menawarkan aliran pengajian Sains Tulen, Sains Agama dan Sains Teknikal.
Alamat : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, 77500 Selandar, Melaka
No Telefon: 06-4462363
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Batang Melaka
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Batang Melaka atau nama ringkasnya SJK(T) Batang Melaka, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Batang Melaka.
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Batang Melaka memiliki 72 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 132 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.
Alamat : Jalan Selandar, Kampung Batang Melaka Ulu, 77500 Selandar, Melaka
No Telefon: 06-4462589
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kiow Nam
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kiow Nam atau nama ringkasnya SJK(C) Kiow Nam, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Batang Melaka, Selandar.
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kiow Nam memiliki 38 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 74 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.
Alamat : Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kiow Nam, Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka
No Telefon: 06-4461397
Tabika KEMAS Kg Batang Melaka
Tabika KEMAS Kg Batang Melaka merupakan sebuah Taman Bimbingan Kanak-kanak yang terletak di Kg Batang Melaka.
Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Alamat : Tabika KEMAS Kg Batang Melaka, Kampung Batang Melaka, Melaka, 77500 Selandar, Malaysia
No Telefon: 06- 5252425
Kolej Komuniti Selandar
Kolej Komuniti Selandar mula beroperasi pada tahun 2003 dan menumpang sementara di Sek. Men. Keb. Nyalas, Melaka. Pada April 2004 Kolej Komuniti Selandar mula berpindah ke kampus tetap sendiri yang beralamat di Jalan Batang Melaka Selandar, Melaka.
Kolej Komuniti Selandar berkeluasan 7 ekar yang menempatkan berbagai blok kemudahan seperti Blok Pentadbiran, Blok Akademik dan Surau. Dari sehari ke sehari kemudahan-kemudahan ini dinaiktaraf untuk kemudahan pelajar dan kakitangan. Sepanjang tahun 2005 sehingga kini Kolej Komuniti Selandar giat menaiktaraf kemudahan umum. Antaranya pembinaan menaiktaraf makmal komputer, bilik kuliah,gelanggang terbuka untuk aktiviti riadah, Dewan Utama, Gymnasium, Dataran Lestari dan Korridor Lestari. Ia bertujuan memberi kemudahan yang lengkap untuk tujuan pembelajaran samada untuk Program Sepenuh Masa dan Kursus-kursus Pendek.
Alamat : Kolej Komuniti Selandar, Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka
No Telefon: 06-5253122 / 06-5253155
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar merupakan salah sebuah Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia(JTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM).
ILP Selandar ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan dibina dibawah Rancangan Malaysia Ke 8 (RMK 8) di atas tanah seluas 50 ekar di Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka. ILP Selandar mampu menempatkan seramai 600 orang pelajar dan dianggotai oleh seramai 76 orang staf.
ILP Selandar dibina bagi memenuhi aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020.
Sejurus dengan itu, ILP Selandar menumpukan latihan kemahiran di dalam 2 bidang kursus iaitu Teknologi Maklumat dan Mekanikal. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) dan CADD Mekanikal (Oil & Gas).
Alamat : Institut Latihan Perindustrian Selandar, Lot 1468, Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka. No Telefon: 06-5251224