Kisah Kejayaan
Nuremaliana Bin Jaafar - De'Luscious Cookies
Menyedari potensi pemasaran secara online yang semakin meluas, Cik.Nuremaliana Bin Jaafar telah mendaftarkan diri di Pusat Internet 1 Malaysia Batang Melaka pada tahun 2017 dan bermula dari situ, Cik.Emaliana mula mengikuti program dan kelas usahawan anjuran PI Batang Melaka.
Sebelum beliau menggunakan perkhidmatan di PI, kebanyakkan masanya beliau menjual biskut secara jualan dari rumah ke rumah dan promosi yang dilakukan kebanyakan dibuat menggunakan flyers yang diedarkan dari rumah ke rumah, selain promosi dari mulut ke mulut. Kebanyakkan pelanggan biskut beliau terdiri daripada masyarakat di kawasan Batang Melaka dan kawan-kawan.
Selepas mengikuti kelas yang disediakan di PI Batang Melaka dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan disini, beliau dapat membuat pemasaran produk dengan lebih berkesan dengan menggunakan aplikasi laman web facebook, dengan mencipta facebook page untuk mempromosikan biskut jualannya dengan lebih meluas. Alhamdulillah, berkat kesungguhannya, jualan biskutnya telah meningkat dan ia dapat dipasarkan luar dari daerah Batang Melaka.
Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan biskut yang dijual oleh Cik Nuremaliana, bolehlah menghubunginya ditalian : 01110865972 atau terus saja melawat ke FB : https://www.facebook.com/delusciouscookieshq/
Berikut adalah screenshot yang diambil dari laman FB beliau :
Muhammad Haziq Fitri Bin Padzali
Adik Haziq Fitri merupakan pelajar darjah 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Melaka. Sebelum adik Haziq menngikuti kelas yang dianjurkan di Pusat Internet 1 Malaysia, adik Haziq kurang mahir menggunakan aplikasi komputer dan tidak mengetahui fungsi dan kegunaan komputer dengan sepenuhnya.
Adik Haziq telah mengikuti beberapa kelas yang telah diadakan di PI Batang Melaka. Antara kelas yang telah dihadiri olehnya adalah kelas asas komputer, kelas asas Microsoft Word dan kelas asas Microsoft Powerpoint. Didalam kelas-kelas ini, adik Haziq telah dibimbing dan diajar mengenai komputer dan cara-cara menggunakan aplikasi yang terdapat didalamnya dengan betul. Selain itu, adik Haziq juga telah didedahkan mengenai program Klik Dengan Bijak, iaitu program Advokasi anjuran MCMC. Didalam kelas advokasi ini, adik Haziq didedahkan tentang tatacara penggunaan ICT yang betul, etika-etika penggunaan internet dan media sosial dan juga langkah-langkah keselamatan didalam menggunakan Internet dan peralatan ICT yang lain.
Alhamdulillah, kini beliau lebih memahami cara-cara menggunakan aplikasi tersebut dengan betul dan mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari untuk digunakan untuk membuat kerja sekolah dan juga sebagai persediaan untuk melengkapkan diri ilmu-ilmu ICT yang akan digunakan kelak.
Aniyah Binti Abdul Hamid – Nasi Ayam Rempah Rindu Omak Joyah
Dengan semangat untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih besar, Cik Aniyah telah mendaftarkan diri di Pusat Internet 1 Malaysia Batang Melaka pada tahun 2017 dan bermula dari situ, beliau telah giat mengikuti program dan kelas usahawan yang telah diadakan di PI Batang Melaka. Cik Aniyah merupakan seorang usahawan Nasi Ayam Berempah di Batang Melaka.
Waktu perniagaan beliau adalah dari jam 10 dan tutup pada pukul 2 petang. Sebelum beliau melibatkan diri dengan kelas yang diadakan di PI Batang Melaka. Pasaran nasi ayam rempah beliau adalah dari penduduk sekitar dan kurang mendapat sambutan. Selepas beliau menjadi ahli, menggunakan kemudahan dan mengikuti kelas usahawan yang diadakan di PI Batang Melaka, Alhamdulillah, perniagaan beliau makin berkembang.
Perniagaan nasi ayam rempah beliau semakin dikenali oleh pengguna-pengguna media sosial. Lebih-lebih lagi pada masyarakat yang tinggal di kawasan Batang Melaka. Pada sesiapa yang berminat untuk menempah nasi ayam berempah yang dijual oleh Cik Aniyah, bolehlah menghubunginya ditalian : 0176176532 atau terus saja melawat ke FB : https://www.facebook.com/rinduomakjoyah/
Berikut adalah screenshot yang diambil dari laman FB beliau :
Nor Zailin Binti Haron – Produk kerepek Jenama Wadah
Bermula secara kecil-kecilan, Pn Zailin mempunyai cita-cita besar untuk mengembangkan lagi perniagaannya secara online. Beliau telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet 1 Malaysia Batang Melaka pada tahun 2017 dan bermula dari situ, beliau sering menggunakan kemudahan dan mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Batang Melaka. Pn. Zailin merupakan seorang usahawan produk-produk tempatan. Antara produk keluarannya adalah kerepek, kerisek, rempeyek, popia simpul, muruku dan lain-lain.
Sebelum beliau menggunakan kemudahan dan kelas di PI Batang Melaka, kebanyakkan penjualan produknya adalah melalui ekspo, pasar tani, dan ejen-ejen. Namun begitu, kadangkala terdapat beberapa masalah dalam perniagaannya seperti untuk mencetak profil syarikat, fotostate dan lain. Dengan menggunakan kemudahan di PI Batang Melaka, ia lebih memudahkan Pn.Zailin untuk membuat kerja-kerja pengurusan perniagaannya seperti menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk membuat profil syarikat, penggunaan internet untuk mempromosi perniagaan dan mencetak flyers dan hebahan mengenai produk yang dijual. Pada sesiapa yang berminat untuk menempah produk-produk yang dijual oleh Pn.Zailin, bolehlah menghubunginya ditalian : 01123315610 atau terus saja melawat ke FB : https://www.facebook.com/zailin.lynn.
Berikut adalah screenshot yang diambil dari laman FB beliau :
Putra Danish Irfan Bin Irfan
Adik Putra Danish Irfan merupakan pelajar tingkatan 3 yang bersekolah di SMK Tebong, Melaka. Sebelum adik Putra menngikuti kelas yang dianjurkan di Pusat Internet 1 Malaysia, adik Putra hanya menggunakan perisian komputer untuk melayari laman web facebook dan youtube. Adik Putra telah mengikuti beberapa kelas yang telah diadakan di PI Batang Melaka. Antara kelas yang telah dihadiri olehnya adalah kelas asas komputer, kelas asas Microsoft Word dan kelas asas Microsoft Powerpoint.
Didalam kelas-kelas ini, adik Putra telah dibimbing dan diajar mengenai komputer dan cara-cara menggunakan aplikasi yang terdapat didalamnya dengan betul. Selain itu, adik Putra juga telah didedahkan mengenai program Klik Dengan Bijak, iaitu program Advokasi anjuran MCMC. Didalam kelas advokasi ini, adik Putra didedahkan tentang tatacara penggunaan ICT yang betul, etika-etika penggunaan internet dan media sosial dan juga langkah-langkah keselamatan didalam menggunakan Internet dan peralatan ICT yang lain.
Alhamdulillah, kini beliau lebih memahami cara-cara menggunakan aplikasi tersebut dengan betul dan mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari untuk digunakan untuk membuat kerja sekolah dan juga sebagai persediaan untuk melengkapkan diri ilmu-ilmu ICT yang akan digunakan kelak.