Rekreasi Dan Pelancongan
Empangan Jus terletak di Jasin, Melaka, Malaysia. Empangan ini termasuk dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan siap tahun 2004.
Empangan ini mampu menyimpan 43 bilion liter air di kawasan seluas 5.5 km2 di kawasan keseluruhan 23 km2. Bekalan air mentah untuk takungan disalurkan dari Empangan Durian Tunggal, Sungai Kesang dan Sungai Batang Melaka. Air dari takungan pergi ke kemudahan rawatan air di Merlimau dan Durian Tunggal.
Kawasan ini menjadi tarikan para pemancing dari serata melaka. Antara ikan yang menjadi buruan para pemancing disini adalah ikan toman, baung, sebarau, lampam, keli, rohu, dan patin.
Bio Silver Asahan,Water Theme Park
Bio Silver Asahan, Water Theme Park adalah tempat riadah dan rekreasi yang masih mengekekalkan keaslian alam itu sendiri dengan kedudukkan yang sangat unik dimana ia terletak diantara sempadan tiga kawasan negeri iaitu Negeri Melaka , Negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik yang disediakan antaranya aktiviti jungle tracking, ATV, kayak dan sebagainya dengan suasana yang sangat nyaman dikelilingi dengan kehijauan dan dilatari dengan pemndangan Gunung Ledang.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bio Silver Asahan Water Theme Park ini, anda boleh menghubungi Encik Haziq : 011-2618 3477 atau menggunakan aplikasi Whatsapp di nombor tersebut.