Maklumat Komuniti

Ringkasan

Batang Melaka adalah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan. Sempadan bagi kedua negeri Melaka dan Negeri Sembilan pekan Batang Melaka adalah ditengah-tengah pekan Batang Melaka, yang mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan.

Populasi

Penduduk Batang Melaka terdiri dari bangsa Melayu, India, China dan sebahagian kecil komuniti Orang Asli. Mereka ini kebanyakkannya bekerja sendiri seperti menoreh getah, petani/peladang, peniaga dan sebahagian kecil disektor swasta dan kerajaan. Anggaran penduduk di kawasan Batang Melaka adalah seramai 5000 orang.

Terdapat 8 buah kampung di dalam kawasan pentadbiran JKKK Kampung Batang Melaka;

Parlimen

Batang Melaka dari segi politiknya termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Asahan, Melaka dan kawasan Parlimen Alor Gajah, Melaka.

Nama : YB Tuan Adly Bin Zahari
Jawatan dalam Kabinet : Timbalan Menteri Pertahanan
Parlimen : P135
Kawasan : Alor Gajah
Negeri : Melaka
No.Telefon : 03 – 4012 2000
No. Faks : 03 – 2071 4961
E-Mail : adly.zahari@mod.gov.my
Alamat Surat – Menyurat : Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan,
Kementerian Pertahanan Malaysia
Jalan padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur,Malaysia.


DUN

YB FAIZUL NIZAM BIN ROSLAN
Parti : BN – UMNO
DUN : N10
Kawasan : ASAHAN
No. Telefon : +606-5229671
No. Fax :
E-Mail : -
Alamat : Kompleks Japerun Asahan,Jalan Melangkan,77100 Asahan, Melaka

JPKK

Encik Mustapar bin Mansur
Jawatan : Pengerusi JPKK Batang Melaka
Alamat : Batu 26 ¾ Kampung Hulu Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka
No Telefon: 019 - 652 1961