ICT – Microsoft Excel: Membuat Belanjawan
4 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 03 September 2024 bersamaan hari Selasa, NADI Batang Melaka telah membantu AJK KRT Kampung Hilir memahami dan menggunakan Microsoft Excel dalam membuat belanjawan program dengan lebih efisien dan teratur.
Antara aktiviti yang dilakukan termasuk:
- Cara menggunakan fungsi-fungsi asas dalam Microsoft Excel – memasukkan data, menggunakan formula dan membuat pengiraan secara automatik.
- Cara menyusun data dalam bentuk jadual, membuat carta dan laporan perbelanjaan yang lebih sistematik dan mudah difahami.
Melalui kelas ini, peserta dapat menguasai kemahrian menggunakan Microsoft Excel untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dalam program yang dianjurkan.
Terima kasih kepada komuniti Batang Melaka kerana menggunakan perkhidmatan di NADI Batang Melaka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: