Kafeteen @ NADI
28 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 Oktober 2024 bersamaan hari Ahad, program KafeTEEN @ NADI telah diadakan di bawah anjuan KafeTeen Melaka dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di NADI Batang Melaka.
Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran remaja mengenai kepentingan pengurusan stress yang sihat serta membina pemahaman yang lebih baik tentang hubungan dan perasaan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan memperkenalkan KafeTeen, sebuah inisiatif LPPKN yang menyediakan sokongan dan panduan bagi golongan remaja dalam pelbagai aspek kehidupan.
Aktiviti Utama:
- Aktiviti Permainan Interaktif.
- Pengenalan KafeTEEN.
- Terapi Pengurusan Stress.
- Teen Talk: Remaja & Cinta.
Aktiviti Sampingan:
- Penyampaian Goodies.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan memberi pengalaman yang bermakna kepada para remaja dalam memahami pentingnya pengurusan emosi dan hubungan yang sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: