Kelas Penghasilan: Flower & Chocolate Bouquet
20 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2024 bersamaan hari Sabtu, NADI Batang Melaka telah mengadakan Kelas Penghasilan: Flower & Chocolate Bouquet dengan bimbingan oleh Nur Shahira, seorang usahawan bouquet yang berpengalaman.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam menghasilakn bouquet secara kreatif dan profesional. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik-teknik penting dalam penghasilan bouquet yang cantik dan kemas.
Aktiviti Utama:
- Pemilihan gabus yang sesuai.
- Cara melekatkan coklat pada lidi dengan selamat.
- Pemilihan warna dan bahan wrapping yang menarik.
- Teknik mencucuk coklat dan bunga pada gabus.
- Tips untuk mencatikkan bouquet.
Aktiviti Sampingan:
- Taklimat NADI Mahir.
- Taklimat SAFE & SHIELD.
- Penyampaian Sijil.
Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang sangat positif dan memberikan pengalaman berharga kepada para peserta dalam mempelajari kemahiran baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: