Basic Ent – Asas Perakaunan: Buku Tunai
2 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2024, bersamaan hari Jumaat, NADI Batang Melaka telah mengadakan kelas Asas Perakaunan: Buku Tunai untuk usahawan NADI. Tujuan kelas ini adalah untuk memberikan pemahaman yang kukuh kepada peserta mengenai pengurusan buku tunai dan aspek-aspek penting dalam perakaunan perniagaan.
Antara modul yang diajarkan adalah:
- Penerangan mengenai kitaran perakaunan.
- Pengenalan kepada pelbagai jenis dokumen sumber yang digunakan dalam perakaunan.
- Pengenalan kepada Buku Catatan Pertama seperti Jurnal Am & Jurnal Khas.
- Penekanan terhadap Buku Tunai sebagai alat penting dalam merekod transaksi tunai harian perniagaan.
- Pembelajaran praktikal dalam membuat Buku Tunai menggunakan perisian Excel.
Melalui kelas ini, diharapkan usahawan dapat memperoleh asas-asas penting dalam perakaunan yang akan membantu mereka dalam pengurusan kewangan, terutamanya dalam perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: