Engagement – Program Bengkel Eco Printing
17 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2024 bersamaan hari Isnin, staf PEDi Batang Melaka telah menghadiri Program Bengkel Eco Printing anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia. Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan kemahiran dalam bidang seni jahitan kreatif, Natural Dye dan Eco Printing.
Antara aktiviti yang ditekankan adalah:
- Belajar mengenai tumbuhan dan akar kayu yang mempunyai warna asli
- Belajar menghasilkan warna asli daripada tumbuh-tumbuhan
Melalui bengkel ini, Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia memberi peluang kepada staf untuk meneroka dan menghargai keindahan alam semula jadi sambil memupuk kemahiran seni kreatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: