Keusahawanan – Pengenalan TikTok untuk Usahawan
27 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2024 bersamaan hari Jumaat, NADI Batang Melaka telah mengadakan kelas Pengenalan TikTok untuk Usahawan. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman kepada peserta mengenai potensi dan penggunaan platform sosial media TikTok dalam konteks keusahawanan.
Antara highlight yang diajar dalam kelas ini adalah:
- Pendaftaran akaun TikTok.
- Kemahiran menyunting video.
- Proses memuat naik video.
- Diajar untuk memahami strategi penggunaan TikTok sebagai alat pemasaran dan promosi untuk meningkatkan jangkauan dan penglibatan pelanggan dalam perniagaan mereka.
Diharapkan, peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam memperluaskan dan memperkukuhkan perniagaan mereka dalam era digital ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: