Ict – Laman Web: Permohonan Dana Sejati Madani
24 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2024 bersamaan hari Selasa, NADI Batang Melaka telah membantu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk membuat Permohonan Dana SejaTi MADANI.
SejaTi MADANI merupakan inisiatif baharu Kerajaan yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.
Terima kasih kepada JPKK kerana menggunakan perkhidmatan di NADI Batang Melaka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: