ICT: Asas Menaip & Asas Microsoft PowerPoint
2 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 01 Jun 2023 bersamaan hari Khamis, staff PEDi Batang Melaka telah mengadakan kelas ICT iaitu Asas Menaip dan Asas Microsoft PowerPoint. Sebelum memulakan kelas ini, staff menerangkan kepada peserta yang terlibat mengenai komputer dengan menunjuk satu persatu bahagian komputer, memberitahu tentang fungsi dan cara untuk menggunakannya. Staff turut menunjukkan kedudukan jari yang betul di papan kekunci kepada peserta.
Staff juga memberi beberapa latihan kepada peserta supaya peserta dapat membiasakan diri untuk menaip. Peserta diminta untuk membuka Powerpoint dan staff menerangkan semua fungsi di ‘Home’, ‘Insert’ dan ‘Design’. Peserta diberi latihan dengan membuat slaid pembentangan untuk mengetahui pemahaman peserta. Kursus diakhiri dengan sesi perkongsian oleh staff PEDi tentang kesedaran keselamatan Internet iaitu Klik Dengan Bijak.
Pautan Laman Web:www.kidztype.com
Aplikasi : Microsoft PowerPoint
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: