TikTok Affiliate
8 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 7 Oktober 2023 bersamaan hari Sabtu, PEDi Batang Melaka telah menganjurkan kelas TikTok Affiliate. Program ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam tentang konsep TikTok Affiliate, termasuk definisi, kelebihan, dan syarat-syarat yang perlu diketahui untuk menjadi seorang affiliate. Dalam kelas ini, peserta diajar cara untuk link profil pemasaran mereka dengan produk affiliate, cara menambah dan mengeluarkan produk affiliate dengan mudah, dan cara link produk affiliate dalam video mereka.
Selain itu, kelas ini juga memberi idea untuk membuat video produk affiliate yang menarik serta tip-tips posting yang berkesan untuk meningkatkan pendapatan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari kelas ini, peserta diharapkan dapat memaksimumkan pendapatan mereka melalui TikTok Affiliate.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: