Website: Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
4 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 03 Mac 2023 bersamaan hari Jumaat, staff PEDi Batang Melaka telah membantu komuniti untuk mendaftarkan perniagaan dengan menggunakan EzBiz. Staff menerangkan tentang dokumen yang diperlukan, jenis nama perniagaan yang boleh digunakan dan aktiviti yang boleh digunakan iaitu yang bersesuaian dengan nama perniagaan, dan yang tidak menyalahi undang-undang.
Staff turut membantu untuk mengisi maklumat-maklumat pemohon dan telah disemak oleh pemohon. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan perniagaan kepada orang awam. EzBiz ialah sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.
Pautan Laman Web : ezbiz.ssm.com.my
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: