ICT_Mengisi Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin Online
22 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2023 bersamaan hari Selasa, staff PEDi Batang Melaka telah membantu komuniti bagaimana untuk mengisi borang Permohonan Kebenaran Berkahwin Online di laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.Komuniti telah dibantu cara untuk mengisi maklumat pemohon, kebenaran, wali dan menghantar borang yang telah siap diisi.
Pautan Laman Web : www.sppim.gov.my
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: