ICT - Canva Personal (Siri 2)
14 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2023 bersamaan hari Rabu, PEDi Batang Melaka telah menganjurkan kelas Canva Personal (Siri 2). Kelas ini bertujuan pembelajaran yang lebih fokus dan praktikal dalam menggunakan Canva untuk mencipta mood board. Kelas ini memberikan asas kepada peserta untuk menggunakan alat ini dalam konteks kreativiti dan penyerapan idea.
Modul yang diajar berpusat pada latihan mencipta mood board menggunakan Canva. Aktiviti ini membolehkan peserta memahami penggunaan alat-alat dan ciri-ciri dalam Canva untuk menghasilkan mood board yang kreatif dan sesuai dengan keperluan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: