Kelas ICT - Belajar cara menggunakan website eGUMIS
24 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2022 bersamaan hari selasa, PEDi Batang Melaka telah membuat satu Kelas ICT iaitu Belajar cara menggunakan website eGUMIS. Kelas ini dihadiri oleh En Mohamad bermula 3 petang hingga 4 petang.
Apa itu eGUMIS ? eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) online. WTD yang kena dibayar di sisi undang-undang diklafikasikan kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
Contoh yang boleh dikategori sebagai WTD ialah:
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan
- Dividen
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
- Tuntutan insurans yang diluluskan untuk bayaran
- Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput.
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: