Kelas Microsoft Word - Individu
29 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 28 Januari 2021 bersamaan hari Khamis, PIK Batang Melaka telah mengadakan Kelas Microsoft Word secara individu kepada adik Noorafika Syazliana binti Mohammad Padzali. Kelas ini dibuka secara percuma kepada pelajar dan komuniti Batang Melaka. Objektif utama kelas ini dijalankan ialah untuk memberi pengetahuan perkara asas fungsi setiap ribbon. Staff PIK Batang Melaka turut memberi tunjuk ajar kepada adik Noorafika Syazliana binti Mohammad Padzali cara-cara memuat turun gambar serta memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word untuk membuat katalog. Kelas ini memperuntukkan masa selama 1 jam 30 minit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: