Kelas Microsoft Word - Individu
21 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2021 bersamaan hari Sabtu, PIK Batang Melaka telah mengadakan Kelas Microsoft Word secara individu kepada adik Tharsini a/p Rengenathan. Kelas ini dibuka secara percuma kepada pelajar dan komuniti Batang Melaka. Perkara pertama yang dilakukan adalah mengulangkaji semula segala yang telah dipelajari pada kelas sebelum-sebelum ini.
Staff PIK Batang Melaka memberi tunjuk ajar cara memuat turun gambar dari google dan menggunakan ribbon Insert untuk memasukkan gambar tersebut di dalam Microsoft Word. Selain itu, staf PIK turut memberi tunjuk ajar cara untuk membuat frame pada gambar. Seterusnya, staf PIK Batang Melaka turut mengajar cara untuk mengalihkan gambar menggunakan ribbon position. Kelas ini memperuntukkan masa selama 1 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: