Kelas Microsoft Word - Individu
17 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2021 bersamaan hari Selasa, PIK Batang Melaka telah mengadakan Kelas Microsoft Word secara individu kepada adik Tharsini a/p Rengenathan. Kelas ini dibuka secara percuma kepada pelajar dan komuniti Batang Melaka. Perkara pertama yang dilakukan adalah mengulangkaji semula segala yang telah dipelajari pada kelas sebelum ini. Staff PIK Batang Melaka memberi tunjuk ajar cara menggunakan ribbon paragraph. Selain itu, staf PIK Batang Melaka turut memberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan ribbon bullet dan nombor dengan menyenaraikan nama makanan. Kelas ini memperuntukkan masa selama 1 jam 30 minit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: