Kelas Microsoft Word - Individu
10 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2021 bersamaan hari Selasa, PIK Batang Melaka telah mengadakan Kelas Microsoft Word secara individu kepada adik Tharsini a/p Rengenathan. Kelas ini dibuka secara percuma kepada pelajar dan komuniti Batang Melaka. Objektif utama kelas ini dijalankan ialah untuk memberi pengetahuan perkara asas fungsi setiap ribbon. Staff PIK Batang Melaka memberi tunjuk ajar cara menukar saiz dan font setiap tulisan. Selain itu, staf PIK Batang Melaka turut mengajar cara untuk menggunakan tools effect pada nama. Kelas ini memperuntukkan masa selama 30 minit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: