Cara Mengisi Permohonan i-Citra KWSP
13 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2021 bersamaan hari Isnin, PIK Batang Melaka telah membantu dan membimbing komuniti untuk membuat permohonan i-Citra KSWP. Selepas i-Lestari dan i-Sinar, kerajaan sekali lagi membenarkan pengeluaran duit KWSP melalui program yang dinamakan i-Citra. Permohonan i-Citra KWSP telah dibuka mulai 12 Julai 2021 secara dalam talian (Online). Cara permohonan masih sama seperti i-Sinar kecuali sedikit kelainan di mana amaun maksimum yang dibenarkan ialah RM5000 sahaja. Semua ahli boleh mengakses portal ini dan membuat permohonan maksimum RM5000, bergantung kepada baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2. Namun harus diingat, tiada sebarang Pindaan Amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat. Diharapkan agar perkongsian cara mohon i-Citra ini akan memudahkan lagi urusan kehidupan anda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: