Advokasi Kafeteen 2.0
16 Disember 2021 | Aktiviti Terkini15 Disember 2021, PEDi batang melaka telah bekerjasama dengan Pedi Kota Pekan untuk mengadakan program Jom Chill Out KafeTEEN . Program ini diadakan di dalam trak KafeTEEN yang diletakkan di hadapan PEDi Kota Pekan. Sasaran program ini ialah remaja berusia antara 13 – 24 tahun. Peserta akan menaiki trak KafeTEEN dan membuat aktiviti-aktiviti di atas trak. Antara pengisian program ini ialah pelaksanaan ujian stress, konsultasi bersama jururawat dan doktor untuk masalah remaja, perkongsian ilmu berkaitan perkembangan remaja, “indoor games” dan banyak lagi. Program ini berlansung daripada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: