Permohonan MITI untuk sektor yang dibenarkan
1 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 31 Mei 2021 bersamaan hari Isnin yang lalu, Pusat Internet Komuniti Batang Melaka telah memuat naik pengisian mengenai cara atau saluran untuk membuat permohonan surat kebenaran beroperasi bagi sektor perdagangan pengedaran di bawah perintah kawalan pergerakan bagi tempoh 1 Jun hingga 14 Jun 2021 di Facebook PIK bagi menjadi panduan kepada komuniti setempat.
Hal ini kerana, surat kebenaran beroperasi bagi sektor-sektor ekonomi perlu mendapat kebenaran oleh Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perlu membuat permohonan melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang disediakan oleh pihak MITI.