Lawatan Kerja Pengerusi MCMC
3 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 02 April 2021 bersamaan hari Jumaat, PIK Batang Melaka telah menerima Lawatan kerja Pengerusi MCMC. Staff PIK Batang Melaka telah membawa Pengerusi MCMC melawat usawahan PIK iaitu perniagaan kilang kerepek Pn. Zailin dan Usawahan Bengkel Besi En. Nizam.
Pusat Internet Komuniti (PIK) berperanan membantu usahawan kecil terutamanya di luar bandar untuk menambah pendapatan dan memperluaskan pasaran produk mereka. Melalui PIK, usahawan boleh memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui latihan keusahawanan dan bimbingan yang dilaksanakan oleh MCMC.
Ramai usahawan-usahawan kecil PIK telah menempa kejayaan dan di antaranya ialah Usahawan Kerepek Pisang yang telah memasarkan produk rempeyek serta kuih tart dan pengusaha Bengkel Besi yang mempromosikan produk kimpalan seperti ampaian, grill pintu tingkap dan rak sehingga pasaran luar Melaka sekaligus meningkatkan sumber pendapatan sekeluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: