Kelas Microsoft Office (Excel)
24 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2021 bersamaan hari Jumaat, PIK Batang Melaka telah telah mengadakan Kelas Microsoft Office (Excel) yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Microsoft Excel.
Untuk pengenalan asas kepada Microsoft Office (Excel) ini, para peserta diberikan pendedahan tentang fungsi asas yang ada dalam aplikasi tersebut dan kegunaan button file dan ribbon yang terdapat pada program. Dengan adanya kelas sebegini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: