Pendaftaran JomPay Tabung Haji
12 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2021 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Pusat Internet Komuniti Batang Melaka telah membantu Puan Azura Abd Hamid dalam melakukan proses pendaftaran JomPay melalui Tabung Haji.
Hal ini bersesuaian dengan fungsi Pusat Internet Komuniti yang memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat.