Kelas Microsoft Word - Individu
10 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Januari 2021 bersamaan hari Sabtu, PIK Batang Melaka telah mengadakan Kelas Microsoft Word secara individu kepada Puan Huzana binti Hussin. Perkara pertama yang dilakukan adalah mengulangkaji semula segala yang telah dipelajari pada kelas sebelum-sebelum ini. Pembelajaran pada kali ini adalah pengetahuan menggunakan perenggan serta cara menggunakan dan memasukkan bullet di dalam ayat. Kelas ini memperuntukkan masa selama 1 jam. Kelas ini dibuka secara percuma kepada komuniti Batang Melaka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: