Kelas Usahawan - Kursus Online SLPM
18 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2020 bersamaan hari Isnin, PI Batang Melaka telah mengadakan Kelas Usahawan SLPM secara online kepada Puan Norliza binti Abas, Puan Azura binti Abd Rashid dan Puan Mazni binti Ahmad. Kelas ini dibuka secara percuma kepada komuniti Batang Melaka dan objektif utama kelas ini dijalankan ialah untuk memberi pegetahuan tentang pengendalian makanan yang betul mengikut prosuder yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kelas ini memperuntukkan masa selama 3 jam dan pengisian kali ini, Pusat Internet telah berkerjasama dengan Sekolah Pengendalian Makanan Miftah Creative wakil daripada KKM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: