Kelas Microsoft Word - Individu
20 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2020 bersamaan hari Sabtu, PI Batang Melaka telah mengadakan Kelas Microsoft Word secara individu kepada adik Nur Shahirah binti Ruslan. Kelas ini dibuka secara percuma kepada para pelajar dan komuniti Batang Melaka yang ingin mempelajari dan lebih memahami Microsoft Word dan objektif utama kelas ini dijalankan ialah untuk memberi pengetahuan perkara asas tentang penggunaan fungsi ribbon untuk membuat isi kandungan menggunakan Microsoft Word. Kelas ini memperuntukkan masa selama 1 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: