Kelas Microsoft Word - Individu
19 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2020 bersamaan hari Jumaat, PI Batang Melaka telah mengadakan Kelas Microsoft Word secara individu kepada Puan Norazlina binti Berohan. Kelas ini dibuka secara percuma kepada komuniti Batang Melaka dan objektif utama kelas ini dijalankan ialah untuk memberi pengetahuan perkara asas tentang penggunaan Microsoft Word dan cara membuat surat rasmi dengan menggunakan format yang betul. Kelas ini memperuntukkan masa selama 1 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: