Kelas Cilik

25 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 September 2018 bersamaan hari Isnin, PI Batang Melaka telah mengadakan Kelas Cilik. Kelas ini dibuka secara percuma kepada murid prasekolah S.K. Batang Melaka dan objektif utama kelas ini dijalankan ialah untuk memupuk minat belajar dalam kalangan murid serta membantu melahirkan murid yang aktif dan mempunyai komunikasi yang baik antara satu sama lain.

Kelas ini memperuntukkan masa selama 1 jam dan pengisian kelas ini ialah aktiviti-aktiviti mewarna, mengenal nombor, membaca, mengira dan sesuai dengan tahap penguasaan murid prasekolah. Kelas ini juga dijalankan pada hari Isnin hingga hari Khamis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali