Kelas Advokasi KDB
8 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas Advokasi KDB telah diadakan pada 7 Januari 2017 bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Batang Melaka. Seramai 8 orang peserta telah mengikuti kelas ini.
Kelas ini bertujuan untuk memberi advokasi mengenai kempen Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh pihak MCMC. Para peserta telah didedahkan dengan etika penggunaan media sosial yang betul dan perkara yang harus dielakkan ketika melayari laman sosial. Kelas ini diakhiri dengan tayangan video untuk memudahkan pemahaman mengenai kempen-kempen Klik Dengan Bijak.
Kelas ini telah berlangsung selama 2 Jam bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: