Latihan Asas Penerbangan Dron
04 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniKelas asas Penerbangan Dron telah diadakan pada 3 Disember 2017 bertempat di Perpustakaan Desa Batang Melaka dengan kerjasama e-Melaka. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti kelas ini. Kelas ini bertujuan untuk menerangkan cara asas penerbangan dron kepada komuniti setempat. Kelas ini telah dikendalikan oleh En. Azam daripada e-Melaka.
Peserta telah diajar dari asas pemasangan drone iaitu kipas dan controller. Kemudian peserta diajar teknik untuk menerbangkan drone. Kelas ini telah berlangsung selama 3 Jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: