Kelas Usahawan
21 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Usahawan telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Batang Melaka pada Sabtu, 20 Jun 2017. Kelas Usahawan ini adalah bertujuan untuk penerangan dan tunjuk ajar mengenai cara membuat facebook pages untuk perniagaan dan cara-cara memasarkan produk melaluinya. Peserta juga diajar cara untuk membuat promosi dengan memuatnaik gambar, video dan membuat ayat-ayat pemasaran yang bagus. Kelas usahawan ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada 12 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: