Kelas Usahawan – Facebook Pages
7 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas Usahawan telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Batang Melaka pada Ahad, 6 Ogos 2017.
Kelas Usahawan ini adalah bertujuan untuk penerangan dan tunjuk ajar mengenai cara membuat facebook pages untuk perniagaan dan cara-cara memasarkan produk melaluinya. Peserta juga diajar cara untuk membuat promosi dengan memuatnaik gambar, video dan membuat ayat-ayat pemasaran yang bagus.
Kelas usahawan ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada 12 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: